Tuesday, February 7, 2012

Update on MySarah

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Salawat dan Salam kepada Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Maaf dipohon kepada yang bertanya berkenaan kain-kain awning yang dijual di MySarah. Masalah saya yang paling besar ni tak sempat nak tengok dan bandingkan dengan permintaan dan stok yang ada. Adei, nak tengok terpaksa bukak blog sendiri, signal  WIFI pulak amat lemah di dalam bilik saya tu, bagai nak bercinta nak tengok satu-satu. I need a better management of stok ni. Insyaallah, saya akan sort out the problem secepat mungkin.

Masih lagi mengambil tempahan tudung and membaiki awning tudung. Tempahan tudung biasanya untuk pelanggan yang mahukan kelainan seperti labuh tudung, saiz awning, material untuk awning yang tidak terdapat di pasaran. Untuk tudung saiz biasa, banyak terdapat di pasaran dengan harga yang berpatutan. MySarah tidak berhasrat untuk compete dengan pasaran di luar. Sebab itu tudung-tudung di MySarah amat exclusive kerana ia bergantung kepada kehendak pelanggan.

Hiasan batu swarovski, sulaman dan batu besi filigree juga boleh ditempah dengan corak exclusive. Harga bergantung kepada corak dan jumlah hiasan.

Insyaallah, gambar-gambar akan diupload sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment