Monday, August 2, 2010

MySarah Exclusive Design

 

Salam Ramadhan untuk semua. Belum lagi tapi dah boleh ucapkan sekarang kan?

Anyway, sedikit about MySarah Exclusive Design. Ini untuk menerangkan sedikit berkenaan tudung-tudung yang dijual di online shop nih. Tudung-tudung yang dijual di sini semuanya exclusive. Tiada duanya kecuali sekiranya pembeli tidak kisah and request yang sama. Sekiranya ada yang sama warna & corak, style tudung adalah berbeza. Sekira style tudung yang sama, warna dan corak pula berlainan. Sebab itu kadang-kadang harganya agak berbeza-beza dari di blog online shopping yang lain.

MySarah tidak mengeluarkan tudung yang jumlah yang banyak. Kadang-kadang agak lama kerana perlu mencari kain yang sesuai and warna yang sesuai yang betul-betul memuaskan hati.

Untuk pelangan MySarah Exclusive Design diluar sana, saya ucapkan terima kasih kerana melanggan dan membeli tudung-tudung dari sini. Insyallah, perkhidmatan kami tidak terhenti setakat menjual tetapi juga selepas jualan. Anda boleh kembalikan tudung tersebut sekiranya ingin mengecilkan saiz muka tudung, membesarkan saiz muka ataupun menyingkatkan labuh tudung dengan tanpa bayaran ataupun dengan bayaran yang paling minimum.

Diharap semuanya berpuas hati dengan MySarah. Sebelum mengakhiri posting saya kali ini, saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap dan juga ketidakpuasan hati para pelanggan MySarah. Silalah hubungi saya agar dapat saya memperbaiki lagi perkhidmatan MySarah.

Salam Ramadhan sekali lagi.

No comments:

Post a Comment