Tuesday, March 9, 2010

Kelas Jahitan Tudung


Tudung hasil Norazrina (labuh)


Yang ini Shidah punya. (2 tudungs from 1 M).

Gambar di atas gambar2 hasil kelas jahitan

MySara juga mengadakan kelas jahitan tudung secara personal pada setiap hari Sabtu (2.30 pm ~ 5.30 pm). Hanya 3 orang setiap kelas. Akan diajar sehingga siap. Sekiranya tidak dapat siap pada hari itu, boleh datang pada minggu depannya tanpa bayaran tambahan.


Antara syllabus yang akan diajar:

1) Melukis dasar
2) Memotong kain (bagaimana nak dapat 2 helai tudung dari kain 1 m)
3) Membuat awning
4) Mencantum awning ke body
5) Tips untuk finishing tudung
6) Tips penggunaan jarum (gold tip & twin needle) & ketegangan benang
7) Tips memasang Korean Stone & Swaroski Crystal
8) Tips maintenance tudung (penyimpanan & cucian)

Bayaran yang dikenakan RM80.00 sahaja. Booking fee sebanyak RM40.00 perlu dijelaskan sebelum kelas bermula. Material akan disediakan (kain jersey hitam, kain awning,pengeras). Mesin jahit tepi disediakan tetapi pelajar perlu bawak mesin jahit portable sendiri. Kalau tak ada, tak pa, blh guna yang saya punya tapi lambatlah skit nnt kalu tiga2 pelajar kena bergilir.

Sila bawa benang hitam (2), gunting kain (1), gunting kertas (1), peniti (yang berkepala), tailor's chalk atau water erasable pen warna cerah dan kertas minyak (brown paper) (2 kpg). Kertas minyak blh beli dengan saya kalu terlupa nak bawak (30 sen satu). Jangan lupa juga pen atau pencil.

Template tudung akan diberi percuma : Ariann*, Scallop, Husna, Mini Ariann*.

Sila email roswidah@gmail.com untuk lokasi kelas.

No comments:

Post a Comment