Assalamualaikum,
MySarah masih aktif dan tetap aktif, cuma blog ni ditinggalkan bersawang sekian lama disebabkan malas nak ambik gambar and amat sibuk ketika cuti sekolah ni dengan aktiviti2 santai bersama anak-anak.
Project terbaru – tudung lycra putih untuk budak sekolah. Sesiapa berminat, bolehlah contact MySarah. Ada dua jenis dibuat, ada pengeras di bahagian awning and satu lagi, awning tiada pengeras dibahagian dalamnya. Jenis yang kedua tu boleh basuh dlm wasing machine.
Project sedia ada, pembaikan tudung seperti:- awning, labuh tudung, modify tudung, tukar body tudung.
Project akan datang : inner ninja and hooded tudung. Tapi yang ini subject to masa yang ada. Amat susah sekarang untuk cari masa.
Tempahan tudung: masih ambil tapi harap bersabar sebab agak lambat,
Itulah serba sedikit tentang perkembangan terbaru MySarah.
MySarah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012, semoga tahun 2012 akan memberi lebih kejayaan dan keberkatan kepada semua.